Beauty Serum (Sila Klik Gambar)

RM68.80
SKU: Beauty Serum

Booster untuk menghilangkan pigmentasi dan parut berwarna hitam.

Aqua, Daun Tapak Sulaiman, Bunga Asam Susur, Daun Pokok Nilam, Bunga Serunai Laut, ZBF Extract*

 

KOMEN PELANGGAN:

Puan Zeti, 24 tahun, Gua Musang Kelantan

KOMEN : saya mengalami masalah pigmentasi yang agak teruk selepas saya mengambil pil perancang, pigmentasi saya hadapi tidak pernah reda bahkan semakin bertambah terutama apabila kulit saya terkena panas seperti selepas memasak atau terkena cahaya matahari. Produk yang saya gunakan sebelum ini juga tidak dapat membantu masalah pigmentasi yang saya hadapi. Namun setelah saya menggunakan beauty seru dari zbf, pigmentasi saya semakin berkurangan dan alhamdulillah semakin hilang, saya akan terus menggunakan zbf.

 

Cik Hana, 24 tahun, Perak

KOMEN : tabiat saya dulu yang suka memicit jerawat menyebabkan banyak parut-parut berwarna di kulit muka. Saya mencuba beauty serum dari zbf, parut berwarna saya semakin berkurangan.

 

Cik Siti, 29 tahun, Tanjung Malim

KOMEN : Pekerjaan saya yang memerlukan saya untuk menghadap pc sepanjang hari menyebabkan saya menghadapi masalah lingkaran gelap bawah mata serta mata saya nampak lesu tak bermaya. Saya pernah menggunakan sejenis produk berasaskan krim untuk menghilangkan lingkaran gelap pada bawah mata, namun langsung tak nampak perubahan, bahkan timbul biji-biji pada bawah mata. Namun setelah saya menggunakan beauty serum dari zbf, lingkaran gelap pada bawah mata semakin berkurangan, bukan itu sahaja, kulit saya juga nampak semakin cantik.

 

Suhana Safwan, 29 Tahun, Bandar Tasik Selatan.

KOMEN: Parut penuh kat muka aku sebelum ni....mula-mula datang muka aku ada jerawat banyak sebab aku nak hilangkan resdung aka ada makan gel gamat di pasaran kononnya boleh rawat masalah resdung aku, tapi tak ada perubahan malah jerawat banyak kat muka ngan badan adalah...lepas aku pakai produk fullset jerawat aku hilang..parut lama lambat hilang tapi parut baru cepat pudar...dia orang suruh aku pakai Beauty Serum untuk hilangkan parut lama...memang ok lepas aku paka dala 4bulan, parut aku tak de...

 

Pn. Aminah Fahrin, 36 tahun, Kota Kemuning, Shah Alam.

KOMEN: Saya mempunyai pigmentasi bertompok di pipi kanan dan kiri. Sebelum saya memakai produk Zai's Beauty Formula, saya pernah memakai produk pengelupasan. Tetapi pigmentasi saya makin menjadi-jadi. Saya datang ke Zai's Beauty Formula, mereka menggalakkan saya memakai Beauty Serum di seluruh muka 2 kali sehari dan kalau saya rajin atau ada masa, selepas sembahyang saya rollkan Beauty Serum di bahagian pigmentasi sahaja. Saya rasa gembira, setelah saya pakai selama 3 bulan setengah, pigmentasi saya sudah mula merekah berbanding dulu pigmentasi saya bertompok. Malah warna pigmentasi saya sudah tidak gelap sangat.

 

Cik Kuzaimah Khairil, 24 tahun, Bandar Tasik Selatan.

KOMEN: Dulu saya banyak jerawat, setelah saya pakai produk Zai's Beauty Formula, jerawat saya sudah tiada, hanya tinggal parut berwarna sahaja. Beauty Therapist menggalakkan saya memakai Beauty Serum di bahagian parut, malah mereka kata kalau saya boring masa dalam kuliah, rollkan sahaja Beauty Serum di bahagian parut. Alhamdulillah, setelah saya buat seperti apa yang mereka katakan, setelah 1 bulan setengah, parut saya sudah mula pudar dan kulit muka saya semakin cerah...

 

Pn. Jurairah Junaidi, 28 tahun, Sungai Penchala.

KOMEN: Saya pengguna Zai's Beauty Formula, tetapi ada suatu hari beauty therapist ajar saya pakai Beauty Serum di bahagian bibir untuk memerahkan bibir. Mula-mula saya tidak percaya apa yang beauty therapist tu cakap. Tapi bila saya lihat bibir saya yang makin gelap sebab pakai lipstik, saya pun cuba pakai Beauty Serum dalam 2 minggu pada bibir. Tak sangka saya, bibir saya makin berkurangan gelapnya! Saya sekarang dah buat macam tu dalam hampir 2 bulan. Hasilnya, bibir saya makin merah dan tidak kekeringan lagi...

 

En. Zulkifli Bin Seman, 23 tahun, Kuala Langat.

KOMEN: Saya selalu mengadap komputer kerana kerja saya banyak menggunakan komputer dan saya suka main game bila ada masa lapang. Saya lihat mata saya makin gelap, kakak saya ada menyarankan saya pergi ke salon Zai's Beauty Formula untuk mendapatkan produk yang sesuai untuk masalah saya. Beauty therapist menggalakkan saya memakai Beauty Serum 2 kali sehari. Selama 3 bulan saya memakai Beauty Serum, saya dapati keliling bahagian mata saya sudah makin cerah dan tidak bengkak lagi.

 

Pn. Syarifah Junaidah Syed Anuar, 34 Tahun, Sandakan Sabah.

KOMEN: Saya ada masalah gelap bawah mata, mereka syorkan BEAUTY SERUM untuk gelap bawah mata, saya rasa tak puas hati sebab saya tengok fungsinya untuk masalah pigmentasi dan jeragat, saya call mereka dan bertanya. Rupa-rupanya BEAUTY SERUM boleh membantu semua masalah yang gelap di bahagian muka sama ada parut, gelap bawah mata, pigmentasi dan sebagainya. Tapi bagus Beauty Serum ni sebab bahagian mata saya dah makin cerah dan bibir sayapun dah tak gelap sangat sebab suka tukar-tukar lipstik.

"Merupakan booster untuk membantu memudarkan jeragat, pigmentasi, parut merah dan parut gelap. Dengan ekstrak limau purut, baik untuk membantu melancarkan perjalanan darah. Boleh di roll-kan sekali pada bibir kerana Beauty Serum turut membantu masalah bibir yang pucat."

Price: RM68.80
Weight: 40 g

Total Weight